Minggu , Desember 5 2021

Anak minta ibu tiri

Detak  Kampar-SEKIAN lama menduda, orang yang paling rapat dengan kehidupan Datuk
Jamal Abdillah sendiri bagaikan memahami dirinya yang kesepian.

Ayah kepada Osama Yamani, 13, dan Ahmad Zaki Yamani, 8, ini secara
jujur memberitahu, dia sudah beberapa kali diminta oleh anak-anaknya
supaya berkahwin lagi. Hubungan rapat yang terjalin antara Jamal dan
anak-anak sedikit sebanyak membuka ruang buat dia berkongsi perasaan
dengan zuriatnya itu.

“Osama sudah faham, dia semakin matang. Selalu juga dia menyuruh
saya supaya berkahwin semula. Sebagai anak yang sulung, mungkin dia
lebih faham keadaan dan menjadi kasihan dengan saya.

“Dia tahu saya sunyi. Mungkin mereka sedih melihat bagaimana saya
menjalani kehidupan setiap hari tanpa diuruskan isteri,” beritahu
penyanyi berusia 55 tahun ini.

Bagaimanapun, menurut Jamal, dia sudah bersedia untuk menjawab setiap
pertanyaan anak-anak dengan cara yang terbaik. Malah, tanpa marah-marah
atau mempertikaikan persoalan anak-anak, Jamal tidak kisah untuk
menjawab soalan yang berbaur agak peribadi sebegitu.

“Saya agak terbuka bercakap dengan anak soal soal sebegini. Setiap
kali dia timbulkan soalan ini saya katakan kepadanya tiada jodoh lagi.
Belum sampai seru untuk saya bernikah lagi,” katanya.

Menolak untuk mengatakan dia fobia dengan perkahwinan, ada sesuatu
yang Jamal belajar daripada kegagalan. Katanya kali ini perasaannya
akan diletakkan dahulu, bagi memastikan tidak terluka sekali lagi.***(joey)

Kirim komentar Anda disini

Komentar