Rabu , Oktober 20 2021

Tidak maklum isu air,Bukti Anwar dan Khalid tdak serasi

Detak kampar.com-KAJANG 27 Feb. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaaan
Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor semalam,
tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada
penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyifatkan Khalid
mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan perkara
itu dengan Ketua Pembangkang serta mendahulukan kepentingan rakyat di
Selangor.

“Saya akui bahawa pemeteraian MoU menunjukan keikhlasan kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dalam mencari
satu penyelesaian meskipun ia (isu air) telah lama berlarutan.

“Sekurang-kurangnya, ia demi masa depan yang lebih baik bagi
memastikan bekalan air tidak terputus di negeri ini,” katanya dalam
sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan
Negeri Kajang di Taman Berjaya, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr.
Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan bersama Khalid
menandatangani MoU penstrukturan semula industri air Selangor di
Bangunan Putra Perdana, Putrajaya.

Namun, Anwar memberitahu media bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai MoU berkenaan. – BERNAMA

Kirim komentar Anda disini

Komentar